Ahlan wahsahlan...selamat datang ~Allahuma solli ala saidina muhammad~

Friday, 1 November 2013

Bitter But Sweet ( macam gula-gula ^^)


~Bismillahhirahmanirrahim.~
sebelum mulakan bicara..
ana nak bagi tahu , ini  adalah kisah kami kanak-kanak riang di dalam kelas 1 Usaha..
kami bukan budak darjah 1 tapi kami budak tingkatan 1.

disinilah kami meneruskan perjuangan bersama, mengeratkan ukhwah kerana ALLAH..
tahun depan kami bakal menjadi senior pula tapi tak tahu adakah kami akan menjadi seorang yang
benar-benar matang..atau kami masih seperti kanak-kanak riang semasa tingkatan 1.

banyak ujian yang guru-guru kena harungi kerana kelas kamilah yang sering membawa masalah..
ingat ye sahabat tak semestinya kelas KAA ( kelas aliran agama) itu baik belaka pelajarnya..tapi alhamdulilah ALLAH memilih kami untuk berada di sini dan menjadi pelajar agama yang sentiasa memperjuangkannya...inilah bukti besarnya jasa guru..mereka sentiasa bersabar dengan kami dan mereka juga yang sering memberi nasihat kepada kami..

Bila fikir2kan balik, memang pahit kisah kami..
tapi bila dikenangkan itulah kanak-kanak..
kalau tak nakal bukan kanak-kanak namanya..
sahabat kita adalah cerminan diri kita..ana selalu tertanya dengan soalan yang datang dari hati
''adakah aku sama dengan mereka sebab itu aku bersama mereka?''
tapi prof dr muhaya cakap '' mungkin kita berada disitu kerana kita adalah agen untuk mengubah mereka ke arah yang lebih baik dan mungkin juga kita sama dengan mereka''..
tapi walau susah macam mana sekalipun..ana akan tetap teruskan penghijrahan ana..
ALLAH takdirkan ana dekat sini dengan mereka mungkin sebab ALLAH nak suruh ana
jadi seorang yang tabah dan sabar mengharungi segalanya..
bila ingat2 balik subhanaALLAH..indahnya berada di sini tapi kadang2 rasa sedih sangat tengok
gelagat kawan2 ana yang pelik...

memang tak boleh dinafikan lagi..zaman remaja ini banyak ujiannya..
dalam diri remaja itukan mahukan  kebebasan..tapi ana cakap pada diri ini..
''bebas yang sebenarnya adalah bebas dari segala dosa''.
ALLAH bagi kita ujian sebenarnya ALLAH nak suruh kita tarbiyah diri kita..
jangan marah bila ada sesuatu yang menimpa..sebab segala apa yang terjadi ALLAH yang tentukan.
kita kena banyak yakin pada ALLAH..bila yakin pada ALLAH hati kita akan rasa tenang walaupun
sebenarnya diri kita banyak masalah...ana rasa cukuplah sampai sini...semoga ukhwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurgaNya Aamiin insyaALLAH..



No comments: