Ahlan wahsahlan...selamat datang ~Allahuma solli ala saidina muhammad~

Ku inginkan sahabat kerana Allah..

~بسم اللّه الرحمن الرحيم~
sahabat kawan seiman satu jalan dalam
kenangan ,tak pernah putus dari ingatan .
kerana ALLAH jadi tujuan..

Kawan memang mudah dicari, tetapi sahabat yang setia membawa
kita dekat dengan ALLAH itu tidak mudah untuk dimiliki
wahai sahabatku sedarilah bahawa dirimu terlalu berharga 
kerana kamu harapan ibu bapa untuk membawa kesyurga
sahabat jika hari yang kamu lalui selama ini hanya inginkan kebahagiaan di dunia semata-mata, sedarlah dunia sedang menipu dirimu..
sahabat jika hari yang kamu lalui selama ini hanya kerana inginkan kebebasan di dunia semata-mata,sedarlah nafsumu sedang menguasai diri kamu 

sahabat yang ku inginkan hanyalah kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.. aku tidak menginginkan kebebasan yang engkau maksudkan iaitu dirimu bebas kemana-mana sahaja
tampa pengawasan ibu bapa..bebas yang ku inginkan adalah bebas dari segala dosa dan kelalaian..biar ibu bapa ku sentiasa memerhatikan segala tindakanku agar aku selamat...sahabat aku ingin sahabat yang boleh mengingatkan aku pada Dia (ALLAH)..
bukan sahabat yang mengingatkan aku pada dia (makhluk)
cukuplah ALLAH dan Rasul sebagai cinta pertama dan terakhirku...
kerana dengan mencintai ALLAH dan Rasul insyaALLAH hidup akan sentiasa
bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat...kerana apa? Kerana tujuan hidupnya kita dibumi ini jelas...wallahualam

~SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH, LAILAHAILALLAH , ALLAHHUAKHBAR!!!

No comments: