sebelum ku mulakan coretan ini..
inginku ingatkan pada diriku bahawa ALLAH sentiasa
melihat apa yang ku tuliskan dan apa yang sedangku lakukan..
mungkin apa yang ada di sini adalah sebuah peringatan dan cara untuk aku mentarbiyah diri...
mungkin aku juga seperti mereka atau mungkin aku di sini adalah untuk membantu mereka?
(hati kecil ini sering tertanya).
namun, aku masih tidak mendapat jawapannya..
tapi aku tahu setiap apa yang diberikan olehNya , pasti ada sebab yang tersurat dan tersirat..
bila tiba waktunya..kita akan tahu juga..Bersabarlah...
Inilah dunia..Dunia yang penuh dengan ujian..
tak semua indah dan tak semua pahit...kadangkala kita diberikan kesedihan dan kita meganggapnya sebuah ujian..dan kadangkala kita lupa gembira juga ujian..
ujian untuk melihat adakah kau ingat padaNya? atau hanya bila kau susah sahaja kau ingat padaNya?
Renungilah semula....
usahlah fikirkan pekara yang sudah berlalu
dan menangis memikirkan kenapa diriku yang sering diuji?
astaughfirullah halazim..seandainya aku pernah bertanya begitu ya ALLAH..ampunilah daku..
Kini, aku sedar bahawa ada manusia yang lebih susah dari diriku..
bagi ,sahabat rasulullah sedih itu adalah sebuah kebahagian kerana apa?
kerana mereka bersyukur dengan apa yang mereka perolehi..tapi kita?
kita lupa dan terus menyalahkan takdir...
memang manusia tidak sempurna..tetapi cubalah ubahi segala apa yang tidak baik
itu kepada yang lebih baik...jadi yang lebih baik untukNya bukan untuk manusia..jika kau cuba untuk menjadi seorang yang terbaik untuk manusia ianya hanyalah sebuah usaha yang tidak akan dihargai...tetapi jika segala niatmu itu untukNya pasti Dia akan membalas dengan sesuatu yang lebih indah..jika bukan di dunia insyaALLAH di akhirat kelak...

Sahabat...
inginku tegaskan disini..
seandainya, kau inginkan ukhwah yang indah..
berusahalah untuk menjaga ukhwah itu hingga ke syurga..
insyaALLAH ukhwah itu akan menjadi indah..
maafkan diriku yang tak sempurna ini,
aku tahu diriku juga pernah melakukan kesilapan..
namun tidak semuanya boleh kita ubahi semula...
begitu juga dengan dirimu sahabat..
walaupun kau selalu melakukan kesilapan,
aku tetap menerima dirimu sebagai sahabat KERANA ALLAH..
semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang diredhai dan dicintai Aamiin...
No comments:
Post a Comment