Ahlan wahsahlan...selamat datang ~Allahuma solli ala saidina muhammad~

Wednesday 16 January 2019

Merendah diri ☺

Berhentilah menjadi manusia yang terlalu taksub dan mengagungkan makhluk...apa yang dilihat dengan mata akan menipu dirimu sendiri..lihatlah sesuatu itu dengan mata hati necasya kamu akan melihat cantik atau tidak sesuatu itu...aku tidak jelous jika kalian ramai follower kerana semua itu belum dapat menjamin bahagianya aku diakhirat sana...sebaliknya aku lebih cemburu dengan mereka yang banyak ilmu agamanya dan sentiasa merendah diri tidak merasakan diri mereka adalah paling mulia dan dalam diam mereka sentiasa didoakan...kerana sikap merendah diri dan tidak menunjuk2 inilah yang Allah sukai...ada baiknya kita rahsiakan setiap kebahagiaan yang kita ada tak perlu untuk kita tunjukkan segala yang kita miliki kerana nikmat yg kita miliki sekarang belum pasti selamanya milik kita...
💞اللّه أكبر

Saturday 15 December 2018

عيد سعيد مبارك

💖أسرتي




😊مع أبي وأمي وأختي محبوبة 

💝





   ان من نعم الله عز وجل على أمة الاسلام بأن يختص عيدين يحتفلون بهما كل عام .وهذان العيدان هما عيد الفطر وعيد الأضحى فعيد الفطر يكون في أول شوال بعد أن صام رمضانشهرا كاملا وعيد الأضحى في العاشر من ذي الحجة.وكان للمسلمين في ماليزيا لهم فيهما شأن عظيم.

   من مشاهد الاحتفال في العيدين أن المسلمين يكبرون ليلة عيد الفطر حتى صلاة سنة العيد في حين يواصلونه حتى اليوم الرابع من العيد في الأضحى .ويذبحون الأضحى خلال الأيام الأربعة  يتعبدون بها الله عزوجل . وقد اعتاد المسلمون على زيارة المقابر أولا ثم يزورون الأقرباء ولأصدقاء والجيران يتبادلون التهاني ويتمتعون بأكل الحلويات التقليدية منها والحديثة .
  
   ومن مظاهر الاحتفال بهما أيضا,ارتداء الملابس الجديدة يظهر فيها السرور والشكرعلى نعمة الله .الأطفال يتجولون الى بيوت الجيران والأصدقاء المزينة بالأضواء الملونة وكانت في أحسن منظرها .وللفقراء والمساكين حظ وفير حيث يتسابق المسلمون في هذا اليوم في اسداء التبرعات والصدقات لهم .
   
  والبيت المفتوح من أبرز ملامح العيد في ماليزيا .وقد اهتمت الحكومة بها بالغ الاهتمام حتى أنها تخص أياما عديدة في مختلف أرجائها لاءقامته .وقد جعلته من ضمن برامج السياحة السنوية.فكان البيت المفتوح على المستوى الوطني يأتي  اليه أناس  كثيرون من الأجناس المختلفة والأديان المتنوعة ويتعارفوا ليشاركوا في الاحتفال بيوم سعيد. وهذا ما يدعو الى  توطيد صلة الرحيم فيما بينهم ويبعدهم عن الفرقة والتباغض . فالعيد السعيد تعم سعادتة للجميع.هذا الأمر ان دل على شيء فانه يدل على ائتلاف الشعب الماليزي ومتانه الصلة فيما بينهم.

     هناك مظهر آخر نلا حظه,حملة عودة المهاجرين المقيمين في البعيد عن أوطانهم فيرجعون الى أهلهم بعد أن طال عليهم الأمد في الهجرة مكتسبين الرزق والمعيشة .منهم من يركب السيارة أو الحافلة أو الطائرة أو الوسائل الأخرى .وهذا الأمر قد أصبح عادة يزاولة  المسلمون الماليزيون ممّا يؤدي الى ازدحام شديد في الشوارع .

     والجدير بالذكر أن هناك مظاهر أخرى في استقبال العيد .وهي تختلف باختلاف الولايات .ففي ولاية جوهور مثلا نجد مشهد مرحابن قد لا تجده في ولاية أخرى . ومهما كان الأمر فانه يدل على شيئين مهمين , فالأول ,هذه المشاهد كلها انما ظهرت تسير الى السعادة والفرح بنعم الله,واثاني ان الجميع بغض النظر عن جنسيتهم  يشاركون في الفرح والسرور.

Monday 8 October 2018

Sahabat syurga

Sahabat adalah salah satu rezeki dan anugerah daripada Allah.
Meskipun kdg kala ada juga salah dn silap namun kerana keikhlasan dalam bershbt tiada apa yg dpt memisahkn kmi insyaAllah. Sesungguhnya pertemuan kita yg beberapa bulan adalah qada dn qadar Allah dn pastinya ada hikmah dari Allah.
terima ksih shbt kerana selalu ada utk menghibur dn mengajar..semoga kita sama2 kuat lalui jalan mujahadah untuk menjdi hmbNya yg solehah..Aamiin..انا احبكم فلله ❤❤

Wednesday 30 December 2015

Remaja

Bismillahirahmanirahim..segala puji hanya untukNya yakni Allah yang menghidupkan kita,yang memberi kesihatan,kebahagian Dan sebagainya..kenapa tajuk harini berkaitan dengan remaja?
Apa ada dengan remaja?
Kenapa perlu cakap tentang remaja?

Mai nak habaq..😀
Semua orang pernah jadi remaja dan kalau korang nak tahu alam remaja nilah yang paling banyak memori atau Kata lainya kenangan..tak kiralah kenangan pahit atau pun Manis..
Setahu saya,ramai remaja yang rasa hidup dia serba kekurangan..
Mereka akan rasa mereka ni tak ada apa yang sahabat mereka ada..ya kadang saya juga rasa mcmtu..tapi bila fikirkan balik..Allah dah tetapkan dah rezeki saya,rezeki kamu dan  rezeki  mereka..
Kadang2 sesuatu yg kita ada orang lain tak ada..sebab itu rezeki kita,bukan rezeki mereka..maka bersyukurlah dan redha dengan apa yang Allah bagi sekalipun kita rasa sesuatu itu tak baik utk kita..Allah tak akan berikan sesuatu itu tanpa sebab..jika Allah beri ujian tandanya Allah rindu nak dengar rintihan kita,Allah nak kita lebih dekat denganNya..sungguh beruntunglah orang2 yang bila disapa ujian,hatinya sentiasa ingat kepada Allah..bagi yg seringkali mahu menyalahkan tuhan,cubalah Latih diri utk tidak bersangka buruk dengan Allah..

Apabila Allah hadirkan nikmatnya,maka gunakanlah kejalan yang diredhaiNya..memanglah kita ni Susah sangat nak jaga tangan,mata,mulut,telinga,kaki,dan  yg paling Susah ialah hati..
Dalam hati ada kata hati iaitu nafsu dan  Iman..
Dan selalunya nafsu akan mengajak kita utk lakukan maksiat bilamana kita rasa senang dan bahagia..tapi Iman?
Pastinya Iman akan menangis kerana takutkan Allah..sebab itulah kita akan rasa tak tenang bila buat dosa..kan?
Maka kembalilah kepada Allah perbanyakkan istighfar dan  berzikir megingati Allah..latihlah diri utk menahan nafsu..elakkan pekara2 yang Allah murka..sebab apa  saya cakap tentang nikmat dan ujian sedangkan tajuk utamanya adalah remaja?
Haaa..ni nak bagi faham..
Remaja senonim dengan ujian dan  nikmat..betul?
Tak betul?
Selalunya orang kata remaja senonim dengan kebebasankan?
Ya benar saya kata semua itu betul sebab saya juga remaja 😊..
Saya juga terlalu inginkan kebebasan tapi tak suka bila ada ujian dan  bahagia bila ada nikmat dariNya..itu fitrah setiap manusia mana ada orang suka susahkan?
Kalau ada pun mungkinlah orang tu tak normal 😂
Maaf heeee😀 saya main2 je,jangan ada yg terasa ye..

Remaja ni selalu sedih,selalu happy kan?
Sedih bila tak dapat keluar dengan kawan2,sedih bila putus cinta,sedih bila gagal exam,sedih bila mak ayah marah..
Happy bila dapat gelak ketawa,happy bila dapat merayau dengan kawan2,happy bila mak ayah bagi hadiah,happy bila exam cemerlang..ya itu kita kan? ☺

Tapi..sahabatku sayang..
Cuba kita fikirkan semula..
Adakah kebebasan kita itu  kearah Jalan yg diredhai Allah ataupun murka Allah..nasihat saya,lebih baik kalian simpan masa utk keluarga dan  agama..bukan maksudnya masyarakat itu tak perlu..semua yang kita buat dalam dunia ni biarlah seimbang..kasihkan keluarga,agama,sahabat dan masyarakat yang lain..barulah Allah kasihkan kita..tak perlulah sedih bila putus cinta,dan  tak perlu nak bercinta sebab semua itu  hanya dusta semata..tak percaya?
Terpulanglah..kerana saya punya kisah silam,saya katakan itu ..saya tak mahu kalian jadi seperti saya..cinta manusia itu penyakit yg hanya menyakitkan manakala cinta Allah itulah penawar,megubati jiwa yang dahagakan kasih sayang dariNya..
Kalau kita gagal..tak selamanya kita gagal..pastinya ada jalan lain yang terbentang luas utk kita lalui kearah yang lebih baik..yakinlah Allah tak akan berikan sesuatu ujian itu  luar dari kemampuan kita..Allah kan maha penyanyang dan  pemurah..insyaAllah kalau kita benar2 ikhlas utk dekat dengan Allah..Allah akan mudahkan jalan  kita di dunia dan akhirat..jangan megeluh,jangan bersangka buruk dengan Allah..
Ingatlah dengan megingati Allah hatimukan tenang..insyaAllah saya akan sambung utk tajuk ini  pada entri yg akan dtg..assalammualaikum..Maas salamah 😁

Tuesday 8 December 2015

senyuman seindah suria

Assalammualaikum, kekasihku..bismillahirrahmanirrahim...mulakan hari kita dengan ucapan alhamdulilah memuji tuhan yang esa..wahai kekasihku..tersenyumlah disaat ujian menyapa dirimu..kerana tuhan menyanyangimu..berdoalah pada yg maha esa agar dirimu tetap teguh demi cintamu padaNya..jangan pernah beserah..Tuhan maha mengetahui segala isi hatimu..kata seorang motivator, sebelum lakukan sesuatu pekerjaan,tunaikanlah dahulu solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat dhuha..moga2 Allah memudahkan segala urusan kita di dalam kehidupan ini.. Biar tangisan kita kerana terkenangkan dosa terhadap Tuhan yg maha pengasih..kdg2 Allah ambil apa yg kita sayang supaya kita lebih dekat pada Dia..tenanglah kerana dlm dunia ini semuanya telah Allah aturkan..mungkin saat ini,bukan masanya untuk kita mencari apa yg tidak sepatutnya kita cari..maka alihkanlah matlamatmu pada yg esa agar hidupmu tidak terlalu cinta akan dunia ini..biar kita tak ada apa2 di dunia ini..jika kita kejar dan tinggalkan sesuatu kerana Allah,kita akn dapat yg lebih indah berbanding di dunia ini..berdoalah kita agar jiwa kita zuhud terhadap dunia..
Maafkan saya semua, andai saya pernah menyakiti dan pernah mengalirkan air mata kalian..saya manusia yg berdosa, saya tak ada apa2, saya manusia yg lemah tanpa Tuhan..saya manusia yg sering alpa dngn dunia..maafkan saya kerana mengabaikan tanggungjawab saya terhadap kalian..doakan saya, bantu saya untuk melalui jalan ini di usia remaja yg penuh dngn cabaran dunia akhir zaman ini..kata ayah"cabaran dunia di akhir zaman lebih sukar untuk dilalui oleh remaja berbanding zaman dahulu,dulu gajet tak ada, ibu bapa masih boleh kawal anak2,tapi zaman skrg gajet membuatkan ibu bapa sukar utk mengawal anak2" maafkan saya..maafkan saya,maafkan saya, kalian tidak pernah bersalah dengan saya..kalian adalah manusia yg baik bagi saya..terima kasih kekasihku..doakan saya..mungkin ini jalan yg lebih baik demi masa hadapan..keluarlah demi agama..insyaAllah bahagia untuk keluarga akn kau perolehi di syurga..moga mereka mengerti suatu saat nanti..tuhanku aku tak berkuasa untuk memahamkan hati mereka dan aku tak berdaya utk mengubah mereka hanya dengan keizinanMu sahaja semuanya mungkin akn menjadi kenyataan..


-Noor Aisya Zulaikha-

Friday 4 December 2015

untukmu bakal penghuni syurga 😊

Bismillahhirahmanirrahim..syukur kehadrat ilahi..yg meanugerahkn kita kesihatan pada hari ini..buat insan yg sudi membaca, maaf andainya penulisanku ini banyak kekurangannya, sesungguhnya diri ini masih lagi dlm proses mencari ilmu..moga sedikit sebanyak mampu saya kongsikan kata2 yg mampu menusuk jiwa kalian yg disayangi tuhan..moga syurga tempat kita bertemu walau didunia kita tak pernah kenal,tak pernah jumpa..moga penulisanku ini menjadi asbab kita memperoleh rahmat ilahi..moga Allah redha,nabi suka.. Alhamdulilah syukur kerana terdetik dihati mahu berkongsi sedikit ilmu,tidak banyak hanya sekadar apa yg diri ini ketahui.. Disini, saya berdiri,disini saya duduk,disini saya belajar utk menulis..dan disini juga kalian belajar erti kehidupan..ya itulah dunia yg menjadi tempat kita membekalkan amalan moga disana nanti kita mendapat syurga ilahi..semakin bertambah hari,tarikh,usia dan masa kita , semakin dekat kita dngn kematian..
Oleh itu, sahabatku yg selayaknya ku gelar sebagai kekasihku..jangan pernah berputus harapan terhadap tuhan yg menciptakan cinta..mengapa saya kata, sahabat itu selayaknya digelar kekasih? Kerana itulah salah satu cara rasulullah memotivasikan para sahabat..kasih sayang itu amat penting kerana manusia itu amat perlukn kasih syg..kasih syg hanya akn dtg seandainya kita tahu dan benar2 mengerti erti sebuah cinta..cinta yg bagaimana? Cinta yg mampu meraih redha dan rahmat tuhan..cinta itu sering kali dekat dngn hati para remaja,termasuklah diriku ini..islam tidak pernah melarang kita untuk mencintai,namun dlm mencintai kita mestilah sedar bahawa tiada cinta yg lebih indah dan kekal abadi berbanding cinta pada ilahi..jangan mencintai hambaNya sehingga terjtuh dlm  jurang kehinaan..alihkan cintamu itu kepada rabbmu moga hatimu lebih tearah..adik2,akak,saudara2 sekalian...kita semua, pastinya pernah melakukan dosa..sehingga kdgnya hati terasa resah dan gelisah,mungkin itu asbab kita jauh dari tuhan..namun,bagaimana caranya mahu berhijrah? Pertama perbetulkanlah solatmu wahai kekasihku..jika kau betulkan solatmu sekaligus kau sdg memperbetulkan hidupmu..yang kedua,hayatilah bacaan dalam solat dan bacaan quranmu..pastinya hatimu akn terasa lebih dekat pada tuhan..berdoa jangan lupa..dan yg ketiga bersahabatlah dengan org2 yg baik..mcm mana kalau situasi kita ni x ada langsung org yg baik? 😊 jangan risau, sebenarnya ada org yg ingin bersamamu..pergilah bersama mereka dan cuba ajak mereka kearah yg baik..ye benar kerja itu tidak mudah..jika ada yg membantah..laksanakan tanggungjawab itu dengan tunjukkan perilaku yg soleh atau solehah..insyaAllah boleh jadi kebaikan yg kita lakukan kerana Allah itu menjadi asbab mereka mahu berubah..yakinlah sayang,tuhan akn hadirkn org yg baik buatmu tatkala kmu mahu berhijrah menuju cintaNya..ingatlah dngn megingati Allah hatimu akan tenang..jangan selalu rasakan masalah yg kamu harungi itu sukar,kerana diluar sana ada org yg lebih susah sebenarnya..yakinlah bahawa Allah akn selalu membantu..ujian itu tanda cinta Allah..Dia mahu kita selalu ingt pada Dia..hati saya mula terusik apabila seorg sahabat dtg menghadiahkan saya sebuah buku yg mengisahkan tentang penghijrahan..dan dari situ saya berfikir, inilah hadiah yg paling indah dari tuhan..dulu saya sering kali bertanya kepada tuhan..mengapa saya berada di sini..dan kini jawapannya telahpun tertulis..alhamdulilah mungkin kerana kesabaran saya selama ini,yg menanti jawapan dari tuhan.. InsyaAllah akn saya sambungkan penulisan ini jika dipanjangkan umur saya dan kalian..terima kasih semua..moga Allah merahmatimu dan semoga kalian sentiasa di bawah naunganNya Aamiin ya rabbal alamin.. ☺️ Saya sayang kalian kerana Allah..

Saturday 16 August 2014

ISTIKARAH

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum, kepada korang yang rajin membaca..
hari ni nak cakap tentang istikarah..
selalunya kalau sebut solat sunat istikarah mesti orang ingat tentang cinta kan?..

tahu tak kawan,istikarah bukan sahaja untuk cinta,tapi untuk semua keputusan yang akan kita buat..
istikarah ni jugak adalah permudah untuk diri kita membuat pilihan dan keputusan..
ramai sngt orang skrg ni..yang buat solat sunat istikarah bila ada konflik..
ada tips saya nak kongsi...istikarah ni kena buat selalu..sebelum tidur buatlah solat sunat taubat,solat hajat dan istikarah..mintalah pada ALLAH apa yang kita mahukan..insyaALLAH bila kita selalu buat..setiap pekara yang kita lakukan akan ada ketenangan...

kadang2 kita buat istikarah, tapi tak dapat mimpi ape2 pun...kenapa?
jangan sedih..relax dan tenang2 selalu..sebab ape tahu?
sebab istikarah ni tak semestinya dapat mimpi..mungkin ALLAH nak bagi dalam bentuk permudahkan kita untuk buat pilihan..dan bila kita dah buat pilihan baru kita tahu selama ni kita tunggu2 tak da apa pun..tapi kita akan ada rasa redha dan tenang..sekaligus ALLAH akan bagi kita kebahagian..percayalah..sebab ALLAH suka bila kita sentiasa berdoa..ingat kat DIA..jadi cubalah buat istikarah setiap malam sebelum tidur..moh kita istiqamah kan!!