ya Allah , jauhilah daku dan saudara mara seagamaku daripada menghampiri zina ya Allah..Kau tempatkanlah kami bersama-sama dengan hamba-hambaMu yang telah Kau tempatkan di Syurga...jauhilah kami dari azab api neraka Mu yang pedih itu ya Allah...bantulah dan pimpinlah kami untuk memelihara Agama yang kami cintai ini iaitu ISLAM...Terasa sedih di hati ini apabila terbaca,terdengar cerita-cerita yang menyatakan bahawa remaja kini ramai yang sudah pun menghampiri zina...yang digelar remaja itu bukan mereka sahaja malah, aku juga digelar remaja..''remaja yang inginkan kebebasan''. YA!!! itulah yang dinginkan oleh para sahabat yang seumur denganku....
Tetapi...sahabat pernahkah kau terfikir maksud bebas yang sebenarnya??? atau engkau hanya ikutkan segala rasa yang hadir dari hati iaitu nafsu?..
Aduhai!!! sahabat...janganlah biarkan dirimu itu di didik dengan hawa nafsu mu...tetapi didiklah dirimu itu dengan keimanan kepada ALLAH...jauhilah segala dosa yang Allah Murka...jauhilah pekara yang boleh membawa kita ke neraka...memang kita tidak sempurna tetapi kita mesti sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...ingatlah sahabat...dunia ini hanya SEMENTARA! ianya bakal berakhir bila-bila masa sahaja tanpa pengetahuan kita...sudah bersediakah kita??? sehingga mampu membiarkan segala tanggungjawab kita sebagai hambaNya...renungilah pekara ini bersama wahai sahabatku..
Wahai sahabatku ,Bebas yang sebenarnya mesti kau cari adalah bebas dari segala dosa dan bebas dari azab api neraka...bila kau bebas dari api neraka..kau akan bebas di syurga, kau hidup lebih bahagia di syurga berbanding di dunia...Bersyukurlah sahabat kita masih diberikan waktu untuk berubah..Berubah itu memang tidak mudah..tetapi ALLAH adalah kekuatan bagi kita jadi jika kau inginkan kekuatan sentiasalah mencari ALLAH :) .
sahabat semoga kita mampu menjadi seorang pejuang agama yang benar-benar mencintakan islam insyaALLAH...Tulislah rencana terbaik untuk hidupmu, tapi izinkan Allah menghapus bahagian yang salah dan menggantikannya dengan rencanaNya yang indah.
No comments:
Post a Comment