Ahlan wahsahlan...selamat datang ~Allahuma solli ala saidina muhammad~

Friday, 30 November 2012

Nabi Muhammad SAW adalah junjungan besar kita dan kita adalah umat kepada rasul yang terakhir ini yang juga pemberi syafaat kepada kita semua di hari Akhirat nanti. Tapi sejauh mana kita mengenali personaliti yang menduduki ranking pertama dalam 100 orang berpengaruh di dunia sepanjang zaman ini? Jadi hari ini saya kongsikan dengan anda semua mengenai para isteri Rasulullah dan sedikit latar belakang mereka yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan sepanjang hayat baginda. Ada 12 orang kesemuanya.

1) Khadijah Binti Khuwailid

Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda.

2) Sawdah Binti Zam’ah

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Sawdah

Adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-sakran bin amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya.

4) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r.a

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

5) Hafsah Binti Umar Al-Khattab r.a

Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

6) Zainab Binti Khuzaymah
ngnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

7) Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah

Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah. Balu kepada Abu Salamah.

8 ) Zainab Binti Jahsy Bin Riyab

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah 5-Hijrah. Anak mak saudara sebelah bapa.

9) Juwayriyyah Binti al-Harith

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

10) Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

11) Safiyyah Binti Huyai Bin Akhtab

Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

12) Maymunah Binti al-Harith

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah Binti al-Harith.

Sedikit fakta:

Sembilan orang masih hidup selepas kewafatan baginda. Dua orang pula meninggal dunia ketika baginda masih hidup.

Tidak mengingati nama para isteri Nabi bukanlah satu kesalahan dan jika kita mengetahuinya pun sudah memadai. Mungkin kita mengaku cintakan Nabi tapi banyak lagi sebenarnya yang kita tak tahu (barangkali lupa) akan sirahnya. Saya juga seperti anda juga sebenarnya yang lebih banyak tak tahu daripada yang tahu. Takpelah, kita hanya manusia biasa yang memang banyak kelemahan tapi meh sama-sama kita perbaiki pengetahuan kita mengenai Islam dan Sirah nabi-nabi kita dari semasa ke semasa.

No comments: